Teringat Kata Ustaz...

Jumaat, Julai 11, 2008

Salam all,

Teringat pesan2 ustaz yang selalu didengar.... Sama-samalah kita muhasabah diri!
Kita manusia nih kan.... tak sempurna....

=) Renung-renungkan , Selamat Beramal...!


KATA USTAZ

Kata ustaz .....
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama

Kata ustaz .....
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya tetap sama...

Kata ustaz lagi .....
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga

Akhirnya ustaz berkata...
Ingatlah..!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH

Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya...

3 komen:

Mrs Nurul berkata...

hye kupu2!

E.M.B.U.N.I.R.M.A.L.A berkata...

hye.. neo...

Aery Iz berkata...

1st time nak 'romen' blog... tak tau cene nak romen...

try je la..

Design of Open Media | To Blogger by Blog and Web